Monday, July 20, 2009

Hijrahku

Blog ini akan melakar diari hidup aku dalam proses penghijrahan aku dari dunia yang kelam kabut pada suatu masa dulu. Selalu aku menangis kerana kebodohan dan kejahilan aku dulu lagi-lagi bila aku renung segala ranjau dan liku-liku hidup. Rupanya Allah swt masih sayangkan aku, untuk suatu Perubahan besar ini aku sedar setelah melalui dugaan yang terlalu berat. Sehingga suatu saat baru aku sedar aku sendirian dalam menempuh segala macam onak duri dan yang ada pada itu hanya Allah..satu-satu kalimah yang terpacul keluar dari mulut.
Saat itu aku sedar, aku telah mendapat hidayah dari Allah..dan kini aku sedang berperang dan berjihad untuk suatu penghijrahan yang sukar untuk difahami oleh orang..
Insyaallah..andai ada yang senasib denganku..catatan ini mungkin dapat membantu. Bahawa kita manusia ini datang ke pentas ini bukan untuk bersuka-suka tanpa tujuan, bukan untuk mengumpul harta kekayaan yang bertimbun-timbun, bukan untuk mendabik dada dengan harta yang sementara..ianya lebih besar, lebih halus dan ghaib.
Biar jauh mana sekalipun kita pernah tersasar..biarlah sedetik hati kita mengingati Allah. Sedetik itulah yang akan memalingkan kita dari segala kekusutan dan kemungkaran.
Aku bercerita dari pengalaman aku sendiri. Untuk muhasabah diriku. Kalau kalian membaca pengelaman ini..nilailah ia dengan mata hati, bukan dengan mata kasar kerana ianya boleh menipu, bukan dengan fikiran, kerana keterbatasannya boleh mengelirukan..